Biar buta penglihatan, jangan buta hati dan fikiran.
Biar pun miskin harta, jangan papa adat dan bahasa.
Helang-helang buana, jangan lupa saudara tetangga.
Bila hujung di jumpa, jangan pula pangkal yang kau lupa.
Penyair atau pujangga, bermadah kelana,
dunia pun begitu jua.
Dahulu mahu pun sekarang, tiada berbeza,
puncuk pangkal hati jua.
Kalau emas emas jua, dibuang tetap berharga.
Kalau besi besi jua, kan karat akhirnya.
Dunia banyak ceritanya.
Selagi bernyawa ada saja karenahnya.
Yang indah hanyalah bahasa,
disebut dibaca gurindam serta seloka.
Namun kenyataan hidup masih tetap sama.
Tidak kira walau di mana, tepuk dada tanya selera.
Amalan biasa :)
yess....i like this song very much...viva ramlah ram
ReplyDelete