Oh kiss me beneath the milky twilight. Lead me out on the moonlit floor ♥

Friday, 6 December 2013

Program Buku Hijau

Buku Hijau.
Untuk mahasiswa/mahasiswi UPM mungking familiar dengan apa itu Program Buku Hijau. Program ni sebenarnya adalah salah satu kursus yang wajib di ambil oleh para siswa siswi UPM. Ianya akan berlansung setiap hari Jumaat pada sebelah pagi. Again, waaaaajib :)

Apa yang kitaorang kena buat was bercucuk tanam. Haha sounds not interesting right? Tapi it is very interesting. Aku ni dulu pernah sekolah perempuan and sebab tu aku ni ada lah sikit gedik geli kotor kotor tanah ni but alhamdulillah, aku okay je, hidup je lagi ✌

As you all know, aku ambil kursus Kesihatan Haiwan dan Peternakan di UPM Kampus Bintulu (UPMKB) and masih dalam Sem 2 tahun pertama.

Untuk Sem 1 haritu, Program Buku Hijau kami telah ditetapkan iaitu menanam kekacang. Kitaorang tanam 2 jenis kacang and that was kacang tanah and kacang soya. Selama 11 minggu menanam akhirnya pada minggu ke 14 kami di minta membuat perbentangan tentang tanaman yang kami usahakan. Haa now dah get the idea macam mana Program Buku Hijau tu tak? Hehe

So Sem 2 ni (which is now) kitaorang ditugaskan menjaga dusun buah buah and tanam pokok durian. Yes, tak silap dan tak salah mana mana pun. Kami memang sememang memangnya tanam pokok durian. Haha but the lecturer suruh kami datang 10 years later with our kids untuk ambil hasil tanamannya ^^

Hari ni kami tak ke dusun tapi kami ke bengkel untuk belajar tentang jentera jentera yang terlibat dalam menjayakan sesebuah dusun :)

Banyak lah jenis tractor lah apa lah yanh sangat menarik bentuk dia. Seriouslyy
But macam biasa, when ever dapat peluang bergambar, semua pun mula lah nak masuk frame je haha. Hari ni was great! Dah lah dapat tumpang Myvi Oyib.

Bila dapat tumpang kawan punya kereta, dia punya heaven tu memang terbaik lah. Let me tell you guys something, pernah pergi UPM Serdang? No no. Pernah tak sekurang kurangnya lalu di jalan raya sebelah UPM Serdang tu? Tak? Aku nak bagitau ni, UPM ni maybe sebab dia ialah Universiti Pertanian Malaysia suatu ketika dulu so dia ada banyak jenis ladang, banyak jenis dusun, dengan bilik kuliahnya lagi. Jadi UPM Serdang itu sendiri adalah SANGAT BESAR :0

Macam tu juga UPM Kampus Bintulu. Asal nama dia UPM je mesti besar lah. So nak pergi mana mana kalau takda kenderaan memang pancit lah. But UPMKB ni a bit small dari UPM Serdang tapi still semput juga lah kalau nak pergi ladang ke bilik kuliah ke. Haha

Tapi, apa apa pun Program Buku Hijau ni adalah sangat berguna sebenarnya. Program ni actually dapat memupuk semangat memelihara kehijauan di muka bumi ni. And pada aku, program ni sangat menarik. Ia sendiri dah mengubah aku dari tak suka tanah tanah tak suka pokok, hutan, semak samun, kepada okay lah. Tak lah suka but I can go with it, alhamdulillah :)


( Here are some picture of me and my coursemates untuk Program Buku Hijau hari ni )
From left: Izzatul, Fred (our class representative) and Maryam.
Me myself. Naik tractor okay haha
Nampak tak kebahagiaannya tu? Haha
Ini lah rupanya. My coursemates :)
Bergerak ke bengkel pun berjemaah okay haha

No comments:

Post a Comment